Teori membaca bagi model ini membincangkan
berkaitan proses membaca yang dimulai dengan proses mengenal pasti unsur visual
yang tertera dalam teks yang dibaca melalui suara yang dilakukan secara
berurutan (Yahya Othman,2004:34). Hal ini bermakna pembaca akan mengecam unsur
visual yang hadir dalam teks yang dibaca terlebih dahulu kemudian pembaca akan
mengaitkan unsur visual tersebut dengan perkataan-perkataan yang sesuai dengan
visual tersebut. Selain itu, model Bottom-up ini juga menerangkan bahawa
penguasaan teknik membaca dimulakan dengan melakukan pengecaman huruf (fonem)
yang membentuk sesuatu binaan perkataan. Seterusnya pembaca akan mengecam
perkataan-perkataan yang terdapat dalam binaan ayat dan akhirnya pembaca akan
meletakkan makna bagi bahan yang dibaca dengan mengenal pasti hubungan
sintaksis dan semantik berdasarkan teks yang dibaca.
Selain
itu, model Bottom-up ini juga merupakan teknik penguasaan bacaan secara
berperingkat-peringkat. Hal ini kerana model ini menyarankan pembaca untuk
mengenal pasti ciri huruf terlebih dahulu. Hal ini kerana huruf (fonem) yang
hadir pada setiap binaan perkataan mempunyai fungsi dan fonologi yang berbeza.
Setiap huruf yang akan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan makna
bagi perkataan yang terbina dapat difahami oleh pembaca. Oleh sebab itu,
pembaca perlu meneliti terlebih dahulu ciri-ciri huruf yang hadir sebelum menggabungkan
huruf tersebut bagi memilih pola ejaan yang bersesuaian. Gabungan huruf-huruf
yang membentuk ejaan tersebut akan membentuk satu binaan perkataan yang
mempunyai makna dan peringkat terakhir ialah pembaca akan melakukan proses
membina ayat, paragraf dan tahap sesebuah teks.
Oleh
sebab itu, untuk menguasai kemahiran membaca dengan lebih berkesan, seseorang
itu perlu membuat pengecaman terhadap huruf terlebih dahulu daripada aktiviti
membaca. Hal ini bermakna, langkah awal semasa membaca, pembaca perlu mengenal
pasti dan mengingati huruf-huruf dalam teks yang dibaca. Seterusnya, pembaca akan
beralih kepada proses mengecam perkataan yang membentuk ayat dalam teks yang
dibaca. Akhirnya sekali, pembaca akan secara automatiknya dapat memahami keseluruhan
makna teks yang dibaca berdasarkan makna yang diletakkan ke atas setiap
perkataan yang hadir dalam teks yang dibaca.
Model Bottom-up (rajah 1)
Berdasarkan contoh visual yang ditunjukkan
(rujuk rajah 1) dapat dilihat proses penguasaan kemahiran membaca dilakukan
secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat awal, proses penguasaan kemahiran
membaca dimulakan dengan membaca huruf-huruf dalam binaan teks yang dibaca.
Kemudian, pembaca akan membaca perkataan-perkataan yang membentuk binaan ayat
dalam teks dengan membuat hubung kait huruf dengan pola ejaan yang sesuai. Proses
tersebut diteruskan dengan bacaan ke atas ayat-ayat pendek dan seterusnya proses
bacaan akan beralih kepada pembacaan perenggan yang mengandungi ayat yang lebih
panjang. Seterusnya, pembaca akan membaca keseluruhan teks bacaan dan memahami
makna teks tersebut.
No comments:
Post a Comment