Model Transactional
merupakan sebahagian daripada model Interaktif. Hal ini demikian, makna yang
terdapat dalam teks lebih menjadi keutamaan kepada pembaca. Sekiranya pembaca
dapat memahami teks dengan mudah apabila maklumat yang mereka kehendaki
terdapat di dalam teks. Pembaca lebih mementingkan kehendak mereka untuk
memperoleh maklumat berbanding daripada pemerhatian mereka terhadap unsur
bahasa seperti fonetik dan morfologi. Hal ini demikian, unsur sintaksis dan
semantik memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan makna yang
dikehendaki oleh pembaca.
Selain itu, teori transactional juga merupakan satu
teori membaca yang dilakukan untuk membina makna daripada kombinasi pembaca
tertentu, dalam masa yang tertentu dengan teks yang tertentu. Kombinasi
tersebut merupakan transaksi antara pengarang, pembaca dan teks. Oleh yang
demikian, bagi menghasilkan kombinasi tersebut, guru perlu melakukan pelbagai
aktiviti yang mampu menarik minat pelajar untuk membaca seperti menanyakan
soalan. Konsep menanyakan soalan akan mendorong pelajar untuk membaca dengan
lebih mendalam bagi memperoleh makna di samping menggalakkan transaksi bacaan
menjadi lebih kompleks.
No comments:
Post a Comment