Kemahiran
membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca ialah lanjutan
daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui
pembacaan , seseorang itu dapat mampu mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan
yang ada di dunia. Membaca juga sebenarnya kunci utama yang membantu kita untuk
meluaskan ilmu, pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang
individu tersebut dalam pelbagai bidang.
Membaca
melibatkan proses mekanikal, kerana semasa membaca kita akan membunyikan
huruf-huruf yang dicetak dan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk
yang dibaca. Apabila ada hubung kait antara membaca dan menjawab soalan, secara
automatiknya dapat dikatakan bahawa membaca melibatkan proses pemikiran konstruktif.
Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke
arah memperoleh ilmu pengetahuan.
Keupayaan
membaca merupakan satu kemahiran yang amat berharga kepada kita kerana ia merupakan prose dinamik, iaitu kita perlu
berkomunikasi secara aktif dan bermakna antara pembaca dan menulis. Membaca
juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan
menghubungkannya dengan bunyi melalui pengalaman dan mentafsir maksudnya.
Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa pembaca,
gaya kognitif dan pengalaman membaca.
Misalnya
seseorang itu membaca ayat ini : “Dia
memancung kepala musuhnya dengan sebilah spiku yang tajam”.
Bagi ayat ini
mungkin pembaca tidak dapat memahami maksud “spiku” kerana dalam bahasa Melayu
tidak terdapat perkataan ini dan pengalaman pembaca yang belum pernah menjumpai
perkataan ini. Tetapi berdasarkan petanda lain, yang terdapat dalam ayat ini
seperti “memancung kepala” dan “yang tajam” telah memberi gambaran sedikit
bahawa “spiku” itu adalah sejenis senjata tajam yang boleh digunakan untuk
memenggal kepala. Hal ini jelas membuktikan bahawa pengalaman membaca dan
pemahaman bahasa amat penting untuk membantu kita memahami sesuatu teks atau
tulisan.
Rujukan
Mahzan
Arshad (2008). Pendidikan Literasi Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Tommy Hj Nollie (2008).
Kemahiran Membaca. Diperoleh pada Mac
28, 2013 daripada http://pgsrkent08.edublogs.org/files/2009/12/kemahiran-membaca.pdf
Adenan Ayob Dan
Abdullah Yusof (2010). Psikolinguistik.
Tanjong Malim : Emeritus Publications.
No comments:
Post a Comment